Log Masuk

Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

Mengenai Jabatan Perhutanan
Negeri Terengganu

Tentang JPNT

Memelihara Khazanah Hutan Terengganu

Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pembangunan sumber hutan di Negeri Terengganu. Pengurusan ini merangkumi aspek pemeliharaan, pembangunan, penggunaan sumber hutan dan akses kepada kawasan rekreasi hutan.

Selain pengurusan sumber hutan, JPNT turut menyediakan akses terkawal kepada kawasan Hutan Simpanan Kekal, rekreasi hutan dan aktiviti berkaitan melalui permit, tiket dan kemudahan yang ditetapkan.

Portal e-GanuPay JPNT memudahkan orang awam meneroka kawasan, memohon permit, membeli tiket dan menempah kemudahan secara dalam talian.

Hutan & Rekreasi Terengganu

Hala Tuju

Visi & Misi

Dua panduan utama yang membentuk arah pengurusan dan pembangunan sumber hutan JPNT.

01

Visi

Agensi Terunggul dalam Pengurusan Hutan Tropika

Untuk Menjadi Sebuah Agensi Terunggul dalam Pengurusan Hutan Tropika Secara Berkekalan.

02

Misi

Mengurus dan Membangunkan Sumber Hutan Secara Berkekalan

Mengurus dan membangunkan Sumber hutan Secara Berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

Tanggungjawab

Peranan Utama JPNT

Dua panduan utama yang membentuk arah pengurusan dan pembangunan sumber hutan JPNT.

Pengurusan Hutan

Mengurus dan membangunkan sumber hutan negeri secara berkekalan dan bertanggungjawab.

Pemuliharaan

Melindungi ekosistem, biodiversiti dan sumber semula jadi untuk manfaat jangka panjang.

Rekreasi Hutan

Mengurus akses kepada Taman Eko Rimba, laluan pendakian dan kawasan rekreasi berkaitan.

Permit & Perkhidmatan Awam

Mengurus permit, tiket, tempahan dan akses pelawat ke kawasan atau perkhidmatan yang ditetapkan.

Pengurusan Wilayah

Pengurusan JPNT di Terengganu

Pengurusan negeri diselaraskan melalui Ibu Pejabat JPNT dan 3 Pejabat Hutan Daerah mengikut wilayah pentadbiran.

Lihat Direktori Pejabat
01
Pejabat Hutan Daerah

Terengganu Utara

02
Pejabat Hutan Daerah

Terengganu Barat

03
Pejabat Hutan Daerah

Terengganu Selatan